Friday 29 July 2016

Serama Camp

Kredit: Azatyvitalove



Anda berminat dengan aktiviti lasak dan ekstrim? Serama Camp adalah pilihan terbaik. Saya pergi ke sini 2 tahun lepas bersama murid-murid sekolah. Masa ni baru abes pantang, balik tu abes sakit-sakit badan..hahaha. Tapi pengalaman yang amat menyeronokkan.

Serama Camp & Events terletak di Ayer Keroh, berhampiran lebuh raya PLUS , jalan ke Durian Tunggal. Antara pakej yang ditawarkan:

  • All Premium Packages
  • Adventure Activities
  • Horse Riding
  • Motor Sport
Kami memilih 'Adventure Activities' yang mana kami boleh memilih beberapa aktiviti yang kami boleh sertai terutamanya anak istimewa kami . Puas selongkar handphone dan laptop ni jela gambar yang ada. Masa p dengan rakan dan anak2 murid.



Antara aktiviti yamg ditawarkan dalam pakej ini ialah (Kredit gambar-gambar dari web Serama Camp)
  • Flying Fox
Ha yang ni memang saya sendiri join, time nak terjun tu aduhaii gayatnyer, bile da turun rasa nak wat lagi, kih3.
  • Wall Climbing

Uolls ada beran? Sayala tu yang baju merah kat gambaq yang saya edit (photogrid) tu. Kalau dok bawah tengok orang nek rasa senangnyalah. Tapi bile kau naik baru tau, mak aih susahnya, xnak naik boleh? Hahaha.. Gayat confirmla, tapi sebab cikgu kan xkan nak tunjuk kat anak murid kita takut, habiskan jugala sampai ke akhirnya.

  • Monkey Walk

Monkey Walk ni aktiviti pertama kami sertai dan paling lama di sini. Menyebabkan banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat kami sertai akibat kesuntukan masa. Almaklumla bawak anak-anak murid macam-macam ragam. Bayangkanlah korang nak meniti tali antara pokok ke pokok dengan pelbagai bentuk halangan yang korang kene lalui. Cikgu pun seksa nak habiskan, jadi bila da bawak anak murid ada yang separuh jalan menangis takut dan gayat. (dun wori kita pakai 'safety harness' tu, hurm betul ke ejaan). Dah separuh jalan takkan nak patah balik, tapi anak murid da taknak jalan. Cikgu terpaksala guna sepenuh tenaga memimpin anak murid yang da tak mau bergerak. Nak abeskan satu halangan tupun boleh tahan seksa. Sampai je kat checkpoint lega sangat, tapi sakit tangan dan kaki tu berhari-hari, Allah je tau..huhuhu. Tapi in shaa Allah xserik.

  • Lake Boating

Ala-ala berkayak. Seronok. Ada lagi satu kami masuk dalam belon air, bergolek-golek kami atas permukaan tasik nak bagi badan seimbang. Boleh tengok kat gambar saya kat ataih tu.

  • Archery

Archery kami xsempat nak join sebab da kesuntukan masa.
  • Horse Riding

Ini masa saya pergi dengan keluarga sendiri yang datang ke Melaka dari Kuantan. Anak sulong bersama sepupunya. Bukan 'horse' ni tapi 'pony' , keldai. Tapi kuda ada juga di sini. Sesuaila kalau nak bawak anak-anak.


Anak no 2 saya takut betul naik keldai ni. Bukan keldai je, air laut, air kolam semua dia takut, hihihi.

  • Abseiling
Ini pun kami tak sempat nak sertai. Takde rezekilah orang cakap. 
  • Mechanical Bull

Okla aktiviti ni, santai-santai lepas kepenatan beraktiviti lasak. Tapi saya memang rekemenla pada yang berjiwa muda remaja untuk datang ke Serama Camp. Memang puas hati dan superb.

Antara tempat menarik di Melaka ;-)



Monday 18 July 2016

Lockdown- Real Escape Game




Lockdown-Real Escape Game bertempat di The Shore Shopping Gallery Melaka.

Lockdown bukanlah sebuah rumah berhantu atau 'maze'. Ia adalah lebih kepada pengalaman permainan mencari jalan keluar ataupun menyelesaikan masalah seperti 'treasure hunt' dengan secara berpasukan. Bilangan minimum pemain diperlukan adalah 2 dan maksimum 8. Setiap permainan mengambil had 45 minit untuk keluar dari bilik dikunci. Pemain perlu menyelesaikan teka-teki atau mencari klu bagi mendapatkan klu seterusnya di dalam bilik itu. Mana-mana pasukan yang mampu untuk membebaskan diri dalam tempoh 45 minit akan mendapat hadiah .

Terdapat 5 bilik di Lockdown Melaka pada hari ini! Small Hill Asylum, Wolf Within, Candy House, Seven and The Latest Edition dan The Undying Temple. 


Small Hall Asylum antara bilik yang saya dan rakan-rakan masuk untuk mencari jalan keluar. Serius da macam ejen FBI, CSI dan sebagainya. Hahaha


Ha xngeri korang masuk tempat ada mayat gitu. Masuk plak dengan anak murid, cikgu pun boleh tahan penakut, hihihi.


Klu semua bilik ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali  Candy House, yang menyediakan tiga pilihan bahasa; Inggeris, Melayu dan Mandarin. Candy House juga disyorkan untuk aktiviti keluarga.

 Pintu masuk Candy House. Tak tau nak cerita lebih sebab x masuk bilik ni.

Kalau anda nak mencuba bolehla ke The Shore Melaka.



Truly Two Cafe Melaka


Masya Allah sedapnya. Ingat x ada viral di facebook tahun lepas 'Milkshake Maniac' yang desert dia dalam jar melimpah ruah, yang ya Allah rasanya memang sedap sangatla bagi saya peminat ais krim dan coklat.
Sempat amik gambar dari sisi jer. Boleh tengok detail di facebook Truly Two Cafe. Terletak di 
No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, Melaka.

(Gambar dr Fb Truly Two Cafe)

Lagi gambar kasi anda tengok pasti nak cuba. Yang dok menulis blog nipun teringin nak p lagi rasanya. Cafe ni memang ada desert je, tak taulah kalau ada masakan panas da skang.

Selamat mencuba uolls.


Sunday 17 July 2016

i-City Shah Alam

Dalam dok scroll down gambar dalam handphone suami terjumpa gambar kami berjalan di i-city Shah Alam beberapa tahun . Bolehla di abadikan di blog senang nak tengok gambar anak-anak membesar, in shaa Allah.



Bandar i-city ni terletak di i-City, D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Tempat ni yang best bila mai malam lampu-lampu yang pelbagai warna, bawak anak-anak memang seronokla diorang. Cume penat jugakla nak menapak dari tempat parking ke i-city ni huahua,



Kami xjoin sangat aktiviti outdoor sebab time tu anak-anak kecik2 lagi. Kami sempat masuk ke Snowalk. Boleh tahan sejuk jugak dalam tu, kene pakai jacket tebal yang memang disediakan pihak i city.


Mula-mula masuk tu kemain berlagak lagi saya xnak pakai kasut yang disewa khas. Sekali masuk dalam, 2 kali jugak saya terjatuh sebab lantai licin..hahaha. Akhirnya keluar balik sewa jugak kasut dari pihak mereka.

Satu peristiwa yang kami xboleh lupa, keadaan dalam tu sangatla sejuk. Masa tu anak kedua kami diam jer, kesejukkan mungkin. Setelah beberapa lama berada dalam suasana beku tu, saya tengok si anak Muhammad Adam Asfa diam jer di bahu saya. Saya dan suami kejut-kejut diam juga tanpa response. Apalagi cuakla kami suami isteri, terus bergerak keluar.
Di luar kami cuba kejut lagi, alhamdulillah memberi respone, lega bangat. Itu nak bagi tau sejuk sangatla dalam tu, klu ada baby or anak masih kecil xpayahla bawak dulu.


Anak da besar gini okla. Boleh luncur ais baru syiok nak beraktiviti. Ada satu bahagian i-city ni Trick Art Museum dalam tu saya perasan ada patung-patung personaliti terkenal. Tapi kami xmasukla melihatkan harga tiket boleh tahan juga, huahua. Sempatla bagi anak bergambar dengan 'iron-man' nih. Kemain seronok lagi.


Sebenarnya banyak lagi part i-city yang kami xlawati. Yalah sampai pun da malam, jupe ngan kawan borak-borak xsempatla nak ke bahagian lain. Kalu anda berminat nak p i-city ni boleh refer info di web tourism Selangor dan harga tiket pun depa bagitau. Selamat bergembira semua.





Pengalaman Bercuti di Bandung



Copy paste from my blog Azatyvitalove




Assalammualaikum & selamat pagi.. Lama sangat rasenyer xupdate blog ni...hahaha.. Sebab xde cite best nak cite kot hihihi..

Alhamdulillah kami sekeluarga baru jer balik dari Bandung Ahad baru ni selepas 5 hari 4 malam bercuti di sana (3-7Jun 2015). Gayat 1st time nek kapal terbang..kih3..mane xgayat tinggi sgt, dok atas awan yang da 3-4 lapis tu...bile kapal terbang terjah awan ckit..gegar lagila takut..pikir bukan2..lagi2 bile signal 'cuaca buruk' kuar suh pakai tali pinggang..

Kami pergi 4 sekeluarga sume sahabat cikgiku..almaklumlah cuti sekolah..famili kamila anak lebih ckit 3 orang..kegusaran nak bawak anak2 pasti ada, yalah dgr kawan2 pernah cerita tempatnyer sangat 'crowded'.



Masa ni ada satu famili belum sampai. Nampak x bukan penuh barang jer, penuh anak jugak..hahaha.


Awal2 aku da pikir pasal 'safety gadjet' utk anak2 dulu. Mula2 plan nak beli beg yg bertali ikat kat tangan kite. Tapi bile pikir balik klu org potong tali tu senang jer anak kami hilang..huhuhuhu.




Jadi aku amik alternatif survey twin stroller supaya anak2 blh dok setempat depan mata. Nak beli baru dah sedia ada yang single kat umah. Jadi aku survey2 & beli yg 2nd hand jer...boleh tahan harga dia rm250 jer masuk postage. Kondisinyer sgtla baik kecuali tompok tahi lalat sikit pada kainnyer. yang paling best boleh masuk tiga2 org hokay..




Alhamdulillah this stroller sgt membantu. Bkn utk anak2 je tp utk hangkut brg jugak.. sangat berbaloi2 hokay..i like it so muchhh.



Hari pertama kami sampai da gelap walaupun bru 5 lbh ptg..Bandung lewat 1jam drpd Malaysia. Subuhnya pun jam 4.30 pagi. Kalu cakap pasal airport, berbeza sangat airport KLIA2 dgn Bandung. KLIA nak sampai ke bilik menunggu tu mak aih kemain jauh sayup jer nampak..tp 'facilities' tip top..nak nek flight tu dr blik menunggu terus ke pintu flight..Kalu d Bandung jalan ckit da sampai tempat bilik menunggu tapi kene turun tangga angkat stroller & jln kaki ke pintu flight & nek tangga lagi ( mase balik) ke pintu flight.


Alhamdulillah kawan kami da tempah siap Supir (driver) kami utk 5 hari. Pak Maman dari company Hayyuka, baik orgnya ikut je ke mana kami ajak pergi xpernah cakap 'tidak'. Kami stay d Pop Hotel, simple dan bersih tempatnya di Festival CityLink Mall. Hanya RM355 utk 5 hari 4 malam tau, siap FREE breakfast setiap pagi, memang berbaloi2.
Di Lobby Pop Hotel


Yang xbestnyer hotel ni xde iron, waaa 1 st day tu berjalan dgn shawl & baju berkedut..kih3. Pengajaran g jalan bawak tudung yang xyah iron.. Nasib baik hotel dlm Mall..malamnyer terus cari shawl yg xperlu iron..terus borong 3 helai. Rp 55000 jer...dlm RM15+.


Malam pertama kami sampai tu sempat makan & soping baju d sebuah rumah supir kami bawa..masa tu xbeli banyak sbb mai survey harga dulu. Hari ke 2 Pak Maman bawa kami ke Kawah Putih. Jalan ke sana ala2 Cameron Highland & sejuk.. Cumenyer kawasannya sangatla padat dgn rumah. Yang aku prsn rumah2nyer memang tidak tersusun secara teratur, mana ada ruang & sempat naik jer, huhuhu..Kalu kat Malaysia umah gitu dan btol2 tepi jalan memang ada lh bersidai dengan kereta org Parking tepi jalan. Tapi cni mmg kurg kete bersidai kt tepi sbb jalan pun sempit. Sebelum sampai ke Kawah putih ni mata kami dihidangkan dengan pemandangan perkampungan yang aktiviti utamanya bertani. Ada sawah padi, tanaman kopi & strawberi.




Amik masa 3jam jugak nak sampai ke Kawah Putih. Pak Maman ada singgah satu tempat utk beli tiket masuk ke Kawah Putih. Jadi kami ingat tempatnya dah dekat ghupernya ada sejam lbh lg nak sampai ke atas.. Sampai ke tempat di tuju, kami diberi mask utk dipakai, kerana kawasannya berala2 berasap, jadi kami amik2 foto pun ala2 dok oberc..hahhaha.



Geram jer hati ni nak pegang air kawah tu. Tapi kawan kata panas..jadi tgk jela sambil2 bergambar. Lagi 1 gadjet anak yang aku bawak 'baby carrier' mmg membantu si Adik, sbb nak ke kawah ni kene turun tangga yg tinggi, stroller mmgla amat tidak sesuai digunakan.




Dalam sejam lebih di sini Pak Maman bawa kami turun ke bawah sedikit utk pekena air strawberi katenyer. Tapi bukan rezeki kami airnya xde mase tu, mkn nasi goreng & minum air tea o jelah..Not Bad nasi gorengnyer. Masa mula sampai tu ramai yang dtg pada kami mintak beli kat mereka strawberi & blueberry. Mase tu xtau nak 'bargain' tumpang kwn jer...dapatla 2 pek strwbery & 2 pek blue berry Rp 50 000. Tapi cara susunan tu memang nampak 2 lapis tp ghupernye 1 lapis je..huhuhu tipah tertipu..sdg mkn nasi grg tu dtg sorg penjual lain plak..terus aku mintak 1 pek 10 000 rp tp 2 lapis. Hahaha mmgla dpt..tp pandai btol dorg berniaga, lapisan bwh tu kemain halus sume, terkena lg ..hahaha.




Hari ke 3 kami ke Pekan Baru. Memang tempat shopping kain pasang & apa jenis kain pun. Aku borong kain pasang, telekung & T-shirt bandung sbg gift utk insan2 tersayang. Tempat ni bertingkat2, sib bek encik somi pakar dlm naik turun stroller guna eskalator..hihihi. Yang untungnya kami bile booking supir siap2 dr Malaysia, company Hayyuka ni dah sediakan orang yg akan folo kami sepanjang masa kami shopping..bukan folo je tp tolong angkat sume barang shopping..kagum betul dengan diorg ni,mmg akan bawa kedai yg paling murah, selain rajin mereka pun akan jaga kami betol2, nk p toilet pun depa ikut. Seorg sahabat siap tempah langsir lagi, tempah arini esok siap.. harga pun murah.


Kemudian kami ke Toko Tiga, bolehla kalu nk cari baju branded & jeans. Cni kwsnnyer sempit ckit, jadi bergilir2la dengan suami shopping & jaga anak. Kat cni leh dpt fridge magnet murah2. Kalu org datang jual tu bargain dulu...mmg blh dpt murah sangat.


Next day kami rase cam banyak dok dalam jem jer. Bandung sabtu mereka sekolah, tapi half day jer. Kalu dok tunggu lampu hijau tu...ada je yang mengetuk pintu 'mobil', mau mintak sedekah, jual air, jual kuih, kopiah & macam2 lagi. Antara lain yang aku kagum dok sini, setiap kali pak supir mahu parking ke, cross jln penuh sesak, mahu keluar parking ke, pasti ada yang membantu di luar. Dan ia pasti disertakan dengan tips (duit) yang memang pak maman standby siap2. Rajin sungguh mereka mencari sesuap nasi. Hari ni kami cari kain cotton je d D' Fashion, jln2 di Kota Mode. Ingatkn sebutannya Kota Modern. Cni nk cari pakaian branded bolehla, pastu lepak di Cafe nyer..Aku minum air kelapa & try mi bakso sahaja. Ada beberapa tempat lagi yg kami pergi tapi aku lupa namanyer.


Ada satu kawasan utk dapatkn kain cotton timbang tapi jlnnyer sempit susah nk parking lagipun tgk kain2nya kebanyakkan plain. Mungkin kain yg blom print sbb tu org kata murah di situ. Tapi kami xturun pun. Malamnyer sebelum balik ke hotel sempat kami singgah ke Trans Studio, bergambar je. Orang kata klu nak masuk biar dari pagi baru berbaloi. Bayaran masuk lebih kurang RM70 weekdays & RM 90 weekend.
Bergambar dengan Pak Maman supir kami sepanjang di sana


Ironman kata si anak..layannnz


Ahad last day kami mau pulang ke Malaysia, flight 11.10pagi. Sempat kami singgah shopping beli baju di rumah kami mula2 pergi haritu. Memang shopping habiskan duit, yalah klu nk tukar matawang RM nanti dah rugi, baik abeskn beli kain pasang ada gak barangnya.
X ke gayat & rambang mata nak pilih


Berada di atas pesawat kali kedua sebenarnya satu perkara menakutkan jugak. Xtaula klu perjalanan berjam2 cmna, tapi mata tetap nk tgk keajaiban ciptaan Allah, awan2 memutih dgn pelbagai lapis & bentuk. Bentuk mukabumi sebijik macam dalam PETA, hihihi.







Dalam kumpulan kami ada ibu kepada sahabat aku, rezeki kami sampai2 ada transport dipandu staff KLIA menjemput kami utk dihantar terus ke Imegresen. Banyak sgt jimat jaraknyer, klu berjalan dengan muatan & ank2 mmg lambat lagila sampai..alhamdulillah. Part paling mendebarkan masa nk naik & keluar train . Bayangkn ada 4 beg yg setiap satunya hampir 20kg, bersama 2 stroller & 5 anak serta dlm 4 beg yg perlu dijinjing & digalas. Belum masuk si kecik yg kudukung dengan baby carrier. Pergerakan kami mmg perlu pantas sume jd superdaddy & supermom..hahaha..


Dalam stroller belakang tupun ada sorang kanak2 riang..hihihi


Terpaksa memaksimakan tenaga kerja..berebut2 budak ni nak tarik beg


Alhamdulillah kami berjaya hadapinya dgn pertolongan Dia. Sebelum balik Melaka sempat kami singgah Alamanda & Pesta Flora Putrajaya, sekali jalan orang kata..hihihi


Sorang budak kecik tidur dalam stroller tu, mudahkan ada gajet ni.




Selesai perkongsian kami sepanjang bercuti di Bandung, memang kenangan terindah bile aktivitinya bersama famili..alhamdulillah,

Saturday 16 July 2016

Niat Puasa Ganti Ramadhan

Raya da 12 Hari..da Ganti puasa semua..?in shaa allah sy share niat Puasa Ganti yg dikongsi rakan di Aplikasi WhatsApp..

Moga Allah permudahkan kita menyelesaikan hutang Dengan Allah ini..amin



Friday 15 July 2016

Sunnah Rasulullah


Pameran Artifak Rasulullah

Sebelum puasa aritu sempat menyertai lawatan sekolah ke Masjid AL Azeem, Pameran Artifak Rasulullah.  Banyak bahan pameran yang meruntun rasa rindu pada semulia-mulia insan Nabi Muhammad Saw.

Di sini saya share beberapa gambar yang sempat saya snap.













Rumah Terbalik Melaka (Upside Down Gallery)

Ha di Melaka pun ada rumah terbalik tau. Kebetulan ada sorang kawan bagitahu saya pun ajak encik suami pergi melawat tapak..hahahha

Tempat dalam bangunan kedai je, dari luar xnampak pun rekabentuk rumah terbalik. Tapi lebih kepada perabot & aksesori rumah terbalik kot. hihihi

Namanya "Upside Down Gallery",betul-betul bangunannya belakang Hotel Sri Costa. Ni area Menara Tamingsari.





Masa kami pergi tu ada less 10% ,cam promo pembukaan gitu. Panjang jugakla kene beratur.
Masa tu tiket kami kene bayar RM36 untuk 2 dewasa & 1 kanak2. Dewasa RM15 & kanak2 RM6.
Kanak-kanak tinggi kurang daripada 90cm tidak dikenakan bayaran.





Ni detail tempatnya. tapi xdela ghuper gini tiket yang kami dapat, slip kertas biasa jer.




Gambar ni 1st time kami gambar berlima. Sebenarnya rumah ni bukanlah terbalik. Kita belajar skill fotografi gitu, hahahah.
Semua objek/ perabot ni ada kat syiling, lantai kosong je. Bila kita amik gambar, kita rotate gambar tadi tu kita nampak cam bergayut kat syiling. Sebenarnya kite menapak kt lantai cam biasa je.


Di sini saya kongsikan beberapa 'area' dalam UPSIDE DOWN GALLERY ni. Happy Scroll ;-)





Hello Kitty bilik untuk anak dara





Hahhaha semua dalam peti ais itu palsu ;p





Pakai make up kejap..





Mama nak tengok Boboi ke Spiderman ni!!





Hahaha kalulah ada isi dalam tu..wahahah