Friday 29 July 2016

Serama Camp

Kredit: Azatyvitalove



Anda berminat dengan aktiviti lasak dan ekstrim? Serama Camp adalah pilihan terbaik. Saya pergi ke sini 2 tahun lepas bersama murid-murid sekolah. Masa ni baru abes pantang, balik tu abes sakit-sakit badan..hahaha. Tapi pengalaman yang amat menyeronokkan.

Serama Camp & Events terletak di Ayer Keroh, berhampiran lebuh raya PLUS , jalan ke Durian Tunggal. Antara pakej yang ditawarkan:

  • All Premium Packages
  • Adventure Activities
  • Horse Riding
  • Motor Sport
Kami memilih 'Adventure Activities' yang mana kami boleh memilih beberapa aktiviti yang kami boleh sertai terutamanya anak istimewa kami . Puas selongkar handphone dan laptop ni jela gambar yang ada. Masa p dengan rakan dan anak2 murid.



Antara aktiviti yamg ditawarkan dalam pakej ini ialah (Kredit gambar-gambar dari web Serama Camp)
  • Flying Fox
Ha yang ni memang saya sendiri join, time nak terjun tu aduhaii gayatnyer, bile da turun rasa nak wat lagi, kih3.
  • Wall Climbing

Uolls ada beran? Sayala tu yang baju merah kat gambaq yang saya edit (photogrid) tu. Kalau dok bawah tengok orang nek rasa senangnyalah. Tapi bile kau naik baru tau, mak aih susahnya, xnak naik boleh? Hahaha.. Gayat confirmla, tapi sebab cikgu kan xkan nak tunjuk kat anak murid kita takut, habiskan jugala sampai ke akhirnya.

  • Monkey Walk

Monkey Walk ni aktiviti pertama kami sertai dan paling lama di sini. Menyebabkan banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat kami sertai akibat kesuntukan masa. Almaklumla bawak anak-anak murid macam-macam ragam. Bayangkanlah korang nak meniti tali antara pokok ke pokok dengan pelbagai bentuk halangan yang korang kene lalui. Cikgu pun seksa nak habiskan, jadi bila da bawak anak murid ada yang separuh jalan menangis takut dan gayat. (dun wori kita pakai 'safety harness' tu, hurm betul ke ejaan). Dah separuh jalan takkan nak patah balik, tapi anak murid da taknak jalan. Cikgu terpaksala guna sepenuh tenaga memimpin anak murid yang da tak mau bergerak. Nak abeskan satu halangan tupun boleh tahan seksa. Sampai je kat checkpoint lega sangat, tapi sakit tangan dan kaki tu berhari-hari, Allah je tau..huhuhu. Tapi in shaa Allah xserik.

  • Lake Boating

Ala-ala berkayak. Seronok. Ada lagi satu kami masuk dalam belon air, bergolek-golek kami atas permukaan tasik nak bagi badan seimbang. Boleh tengok kat gambar saya kat ataih tu.

  • Archery

Archery kami xsempat nak join sebab da kesuntukan masa.
  • Horse Riding

Ini masa saya pergi dengan keluarga sendiri yang datang ke Melaka dari Kuantan. Anak sulong bersama sepupunya. Bukan 'horse' ni tapi 'pony' , keldai. Tapi kuda ada juga di sini. Sesuaila kalau nak bawak anak-anak.


Anak no 2 saya takut betul naik keldai ni. Bukan keldai je, air laut, air kolam semua dia takut, hihihi.

  • Abseiling
Ini pun kami tak sempat nak sertai. Takde rezekilah orang cakap. 
  • Mechanical Bull

Okla aktiviti ni, santai-santai lepas kepenatan beraktiviti lasak. Tapi saya memang rekemenla pada yang berjiwa muda remaja untuk datang ke Serama Camp. Memang puas hati dan superb.

Antara tempat menarik di Melaka ;-)



No comments:

Post a Comment