Sunday 17 July 2016

i-City Shah Alam

Dalam dok scroll down gambar dalam handphone suami terjumpa gambar kami berjalan di i-city Shah Alam beberapa tahun . Bolehla di abadikan di blog senang nak tengok gambar anak-anak membesar, in shaa Allah.



Bandar i-city ni terletak di i-City, D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Tempat ni yang best bila mai malam lampu-lampu yang pelbagai warna, bawak anak-anak memang seronokla diorang. Cume penat jugakla nak menapak dari tempat parking ke i-city ni huahua,



Kami xjoin sangat aktiviti outdoor sebab time tu anak-anak kecik2 lagi. Kami sempat masuk ke Snowalk. Boleh tahan sejuk jugak dalam tu, kene pakai jacket tebal yang memang disediakan pihak i city.


Mula-mula masuk tu kemain berlagak lagi saya xnak pakai kasut yang disewa khas. Sekali masuk dalam, 2 kali jugak saya terjatuh sebab lantai licin..hahaha. Akhirnya keluar balik sewa jugak kasut dari pihak mereka.

Satu peristiwa yang kami xboleh lupa, keadaan dalam tu sangatla sejuk. Masa tu anak kedua kami diam jer, kesejukkan mungkin. Setelah beberapa lama berada dalam suasana beku tu, saya tengok si anak Muhammad Adam Asfa diam jer di bahu saya. Saya dan suami kejut-kejut diam juga tanpa response. Apalagi cuakla kami suami isteri, terus bergerak keluar.
Di luar kami cuba kejut lagi, alhamdulillah memberi respone, lega bangat. Itu nak bagi tau sejuk sangatla dalam tu, klu ada baby or anak masih kecil xpayahla bawak dulu.


Anak da besar gini okla. Boleh luncur ais baru syiok nak beraktiviti. Ada satu bahagian i-city ni Trick Art Museum dalam tu saya perasan ada patung-patung personaliti terkenal. Tapi kami xmasukla melihatkan harga tiket boleh tahan juga, huahua. Sempatla bagi anak bergambar dengan 'iron-man' nih. Kemain seronok lagi.


Sebenarnya banyak lagi part i-city yang kami xlawati. Yalah sampai pun da malam, jupe ngan kawan borak-borak xsempatla nak ke bahagian lain. Kalu anda berminat nak p i-city ni boleh refer info di web tourism Selangor dan harga tiket pun depa bagitau. Selamat bergembira semua.





No comments:

Post a Comment